PERIKSA METER WANG ANDA

Jawab semua soalan.

Jujur dan benar pada diri anda sendiri. Jika kenyataan dibawah hanya berlaku sekali sekali sahaja maka anda TIDAK BOLEH tandakan apa apa . Hanya tanda betul jika kenyataan tersebut benar benar anda lakukan setiap kali tanpa pernah ketinggalan! Berapa soalaan yang anda boleh tandakan betul?

1) Saya menyimpan 10% dari pendapatan saya.

2) Saya lunaskan semua bil bil pada masa yang tetap dan tidak pernah terlewat.

3) Pendapatan saya stabil dan boleh diramalkan.

4) Saya tahu berapa saya perlu untuk menjadi Financially independent dan saya tahu bagaimana untuk mencapainya.

5) Saya telah memulangkan semua wang yang saya pinjam.

6) Saya mempunyai perjanjian bertulis dengan individu serta syarikat yang saya meminjam.

7) Saya mempunyai 6 bulan simpanan untuk perbelanjaan bulanan saya dalam account.

8) Saya hidup dengan bajet mingguan yang baik dan tidak menderita.

9) Semua bayaran cukai pendapatan serta zakat telah saya bayar.

10) Saya hidup dalam kehidupan yang sempurna dengan wang gaji saya.

11) Saya mempunyai insurans kesihatan yang mantap.

12) Aset saya (kereta , rumah, dll) semua mempunyai insurans yang lengkap.

13) Saya mempunyai pelan kewangan untuk tahun hadapan.

14) Saya tidak mempunyai saman yang perlu dibereskan.

15) Wasiat saya tepat dan semasa dengan keadaan.

16) Semua tanggungan anak anak dan isteri tiada tertunggak.

17) Pelaburan saya tidak membangkitkan saya dari tidur. (membimbangkan)

18) Saya tahu berapa nilai harta benda saya.

19) Saya dalam satu kareer yang mana akan mendapatkan kebebasan kewangan dan kegembiraan.

20) Pendapatan saya berpatutan dengan tumpuan yang saya berikan pada pekerjaan saya.

21) Saya tidak menangguhkan sebarang perkara yang harus saya lakukan.

22) Saya mempunyai hubungan yang baik dengan orang orang yang boleh membantu saya dalam kerjaya saya.

23) Saya jarang mengambil cuti kerja akibat kesihatan .

24) Saya juga melaburkan sebahagian wang saya dengan tujuan untuk mencapai kebebasan kewangan.

25) Pendapatan saya dapat mengatasi inflasi sentiasa.


Sila Masukkan Nama Anda.
Sila Masukkan Emel Anda.
Sila Masukkan No. Telefon Anda.